
Sulit
5 tahun
Sakit belakang dan sakit dibahagian perut dan suka terasa kencing tak lawasr tido
Terasa sakit di tulang belakang hinga ke bahagian perut dan terasa tegang di bahagian tengkuk sukar untuk tido dan kerap kencing

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah pankreas (keradangan, jangkitan dsb)
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang (untuk perempuan)
Sakit tengkuk pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- frozen shoulder terkait struktur tulang dan otot di sekitar bahu
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.