
Sulit
5 tahun
Sakit belakang merebak
Saya wanita bujang. Berusia 23 tahun. Pada bulan 12 tahun 2018 saya angkat berat dan mengalami sakit belakang. Keadaan pada masa tu, saya tidak boleh duduk lebih 5min dan kalau baring tak boleh duduk. Perlukan bantuan orang untuk duduk dan dirikan saya. Saya telah mendapatkan rawatan doc dan juga urut.
Tapi pada petengahan tahun ini belakang saya sakit kembali hingga ke hari ini. Malah ia semakin merebak. Saya selak langsir saja sudah terasa sakit di belakang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah terlalu singkat untuk mengenal pasti secara spesifik kondisi anda ini. Sebaiknya anda menjelaskan lagi jantina, jenis pekerjaan, aktiviti fizikal, serta riwayat penyakit anda agar kami mendapat gambaran jelas tentang diri anda. Secara umum, sakit belakang dapat bermanifestasi sebagai sakit yang setempat ataupun menjalar sehingga memberi kesan terhadap kaki dan pergerakan memandangkan di bahagian belakang terdapat saraf-saraf. Berdasarkan keterangan anda, sakit belakang tersebut boleh jadi disebabkan oleh:
- Non-spesifik yang mana keluhan datang dan pergi tanpa pencetus
- Kelainan anatomi tulang belakang seperti disc prolapse, trauma tulang, ataupun masalah otot.
- Akibat jangkitan tulang belakang seperti kulat ataupun tibi
- Keradangan tulang belakang seperti akibat penyakit autoimun SLE ataupun arthritis
- Kanser yang bermetastasis di daerah tulang belakang
- Degeneratif biasanya akibat usia seperti osteoporosis
Memandangkan gejala berlaku dengan intensiti rasa sakit yang muncul kembali, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca timbulnya sakit belakang tersebut dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.