Sulit
3 tahun
Sakit betis lenguh hampir setiap malam
Saya berumur 15 tahun. Saya rasa hampir setiap malam sakit betis macam lenguh. Dah lama dah semenjak first time saya rasa ni. Sebelum masuk secondary school kot. Rasanya macam betis nak tercabut dari kaki. Tapi saya biar je sebab selalunya dalam 5-10 minit dah okay. Apa pendapat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi. Gejala lenguh pada betis boleh disebabkan faktor pekerjaan fizikal atau masalah kesihatan yang kronik. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh pada betis boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
kebanyakan pesakit melakukan aktiviti yang meningkatkan penggunaan otot betis seperti berdiri lama, bercangkung dan sebagainya.
Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
Trauma
Kurang vitamin B atau kalsium
Sakit jantung
masalah saraf tersepit di bahagian cervical spine/ akibat disc hernia
Saya sarankan anda berehat daripada melakukan aktiviti yang menyumbang kepada gejala lenguh betis buat sementara waktu. Jika masalah masih berlanjutan, kemungkinan punca lain harus dikenalpasti. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B bagi memastikan faktor malnutrisi dapat diatasi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.