Sulit
4 tahun
Sakit bila nak kencing dan gatal area vagina
Saya berumur 19 tahun dan saya mengalami sakit apabila membuang air kecil dan saya berasa gatal gatal di area vagina. Baru baru ni saya ada membuat sex bersama pasangan tanpa menggunakan condom. Beberapa hari selepas melakukan hubungan sex, pasangan masa masukkan sex toy kedalam vagina saya dan keesokan harinya saya mengalami gatal gatal dan sakit apabila membuang air kecil
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gatal dan kencing sakit pada kawasan kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Jangkitan kuman beserta bengkak
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.