
Sulit
5 tahun
Sakit dada. dada rasa senak dan pedih
kopi. saya saki dada. mcam senak. denyut jantung jdi laju. kpala jdi pening. selepas to kepala rasa meremang. nafas jdi laju. apakah simptom yg saya alami ini… saya rasa risau.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, gejala sakit dada, rasa jantung berdebar, kepala pening dan nafas jadi laju merupakan gejala AMARAN kepada masalah serangan jantung. Anda disarankan untuk ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan KECEMASAN.
Selain daripada serangan jantung masalah ini juga boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.