
Sulit
5 tahun
Sakit dada dan rasa berdebar2,sakit kepala bahagian kiri dan tangan menggigil
Hai doktor saya berumur 19 tahu selama seminggu ini saya mempunyai masalah sakit dada di bahagian kiri dan sentiasa berasa berdebar2 secara tiba dan saya mempunyai sakit kepala pada bahagian kiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi seperti masalah keresahan
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit jantung koronari
- Hipertiroidism
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.