
nanienawfal7
5 tahun
Sakit dada dan sukar bernafas
Assalamualaikum… Hai doktor
Saya wanita berusia 34 tahun… Saya sakit dada seperti banyak angin kerana sering sendawa dan agak sukar untuk bernafas. Selepas 14 hari sakit dada baru lah sy demam selama 7 hari… Pada hari ke 4 demam, sy telah pergi ke klinik kesihatan bangi untuk check darah, dan result darah ok sahaja… Sekarang sudah hari ke 10,sy dah tak demam tetapi mengalami sakit dada yang sama macam mula2 tadi… Adakah sakit dada ini kerana Gerd, atau gastrik…? Atau ini juga simptom coronavirus? Sy mengalami kesukaran untuk bernafas… Tiada rasa pedih ulu hati… Sakit dada yang teramat sakit seperti dihempap dan juga sukar untuk bernafas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Manakala, bagi gejala sakit dada, ia berkemungkinan disebakan oleh
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.