
Sulit
4 tahun
Sakit dada namun pernafasan normal dan batuk bukan jenis yang berterusan dan ada kahak
Saya lelaki b’umur 28 tahun… Saya seorang perokok dan saya juga on medication utk darah tinggi 2 tahun lalu (2017)… Sejak dari 24 May lalu saya mula batuk ketika malam apabila saya hendak tidur tapi batuk itu bukan yang jenis berterusan, ada juga bunyi wheezing masa itu. Lepas beberapa hari dada saya sakit seperti ditekan namun pernafasan saya normal. Tidak semput. Kerisauan saya tinggi disebabkan tanda2x yang sebegini. Boleh beri sikit penerangan tentang masalah yang saya hadapi skg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Selain itu, gejala batuk ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Jangkitan bakteria atau virus
Penyakit Asma
Pneumonia
COPD
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi memandangkan maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.