
fazlinmizi
5 tahun
Sakit dada sampai ke belakang
Ayah saya berumur 50 tahun, dia complain sakit dada smpai bawa ke belakang. Itu disebabkn apa ya Doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada sampai ke belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pankreas
- Serangan jantung
- Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
- Gangguan emosi
- Sakit belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.