
Sulit
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan perut kembung
Saya berumur 39 tahun… saya sakit dada sebelah kiri dan kadang2 sakit dibahagian belikat…perut sentiasa kembung dan sentiasa sendawa… saya sudah pergi ke hospital dan telah membuat ecg dan eco tapi doktor cakap jantung saya noal…tapi Saya risau dan tidak selesa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:
- Radang paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
- Refluks asid dari perut
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih