
Sulit
4 tahun
Sakit dada tengah & belakang
Saya berusia 30 an. Sebulan yang lepas dan 2 minggu yang lepas saya mengalami sakit dada dan sesak nafas. Setelah menjalani beberapa ujian, saya tiada masalah jantung. Tapi sakit pada dada saya sentiasa ada termasuk short breathness, dan sekarang sakit itu juga dapat dirasakan pada bahagian belakang sebelah kiri. Ada yang mengatakan gastrik dan angin. Tapi saya tak berpuas hati.
Ini simptom2 nya, smpi skrg rasa
- Sakit dada di bahagian tengah bila disentuh terasa sakit
- Sakit pada bahagian belakang sebelah kiri
- Selalu rasa sesak nafas dan pening kepala.
- Kadang2 rasa jantung berdegup kencang
- Rasa panas di kawasan dada tengah dan kiri.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada yang anda alami apabila disentuh di tengah boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk:
- Elakkan merokok , pengambilan alkohol, dan makanan tidak seimbang
- Lakukan senaman selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu
- Segera ke hospital jika pesakit sudah berusia kerana kemungkinan serangan jantung adalah tinggi
Berkenaan masalah sakit belakang anda di bahagian kiri pula, masalah itu boleh disebabkan:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Sesak nafas yang anda alami mungkin berpunca dari masalah lain seperti
- Anemia - kurang darah merah
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepalatergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder. Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti
- glaukoma
- sinusitis
- jangkitan sistem pendengaran atau otitis media
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Kami memerlukan lebih maklumat tentang rasa panas di dada anda untuk membuat rumusan serta mencadangkan langkah yang sesuai untuk rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.