
Sulit
4 tahun
Sakit Dalaman Sebelah Kiri Selepas Ceaser
Hi doc! Saya sedang berpantang sudah sebulan. saya nak tanya kenapa sekarang saya rasa ngilu di sebelah kiri ua? Adakah inaya mormal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Masalah ini memerlukan pemeriksaan yang lebih terperinci sebelum diagnosis dapat diberi. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk makluman anda, sakit perut kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.