
Sulit
4 tahun
Sakit di ari2 dan pinggang hingga kaki kejang
Sy wanita umur 20. Sy last period 24/3. Skarang Sy loya2. Sakit dibwah ari2 dan pinggang sebelah kanan… hingga kaki pon rse kejang2. Ape penyebabnya?Sy cek upt petang Smlam tp ngatif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Masalah ginekologi (Senggugut, Masalah di rahim atau serviks)
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Saluran kencing tersumbat
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih