Anonymous
6 tahun
Sakit di bahagian kiri atas ari2.. saluran folopio
saya wanita umur 42tahun kadang2 merasa sakit di bahagian sebelah kiri atas ari2… saya sudah membuat pap smear tp tiada masalah apa… saya pernah berjumpa doktor pakar 5 tahun lepas…doktor tu cakap saluran folopio saya di jangkiti kuman… dan dia memberikan saya ubat table untuk di minum sebiji untu saya dan sebiji untuk suami saya… lepas dari situ terus saya di sah kan pregnent… sekarang sakit tersebut datang kembali…masalahnya saya lost contack dgn doktor pakar tersebut sbb doktor itu hanya sekali sja dia pernah datang di jemput oleh klinik swasta daerah kami… saya mahu dapatkan ubat yg doktor tu pernah bagi… tp saya tidak ingat nama ubat tersebut…kes 5 tahun lepas
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, agak sukar untuk kami tentukan ubat apakah yang dimaksudkan tanpa mengetahui apakah diagnosis yang diberikan oleh doktor terhadap kondisi yang dihadapi.
Akan tetapi, merujuk kepada keluhan yang dihadapi sekarang yaitu sakit dibahagian kiri atas ari-ari, hal ini dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Pelvic inflammatory disease yaitu sakit peradangan pelvis
- Urinary tract infection - jangkitan saluran kencing
- Ectopic pregnancy yaitu kehamilan luar rahim
- Endometriosis - apabila sel dan tisu rahim ditemukan diluar daerah rahim
- Perimenopause gejala akibat fluktuasi hormon wanita yang terjadi sekitar usia 30-40 tahun
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

Photo by Ifrah Akhter
































