
mincantik97
5 tahun
Sakit di bahagian rahim dalaman
Boleh saya tahu kenapa lepas bersama (hubungan intim) , keluarnya sesuatu seperti cecair ataupun tompokan warna coklat atas seluar dalam saya dan selepas itu saya rasa sakit di bahagian rahim bahagian dalaman dan terasa sedikit kejang sehinggakan sakit apabila nak angkat kaki.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, cecaur comlat tersebut boleh dianggap sebagai perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan seperti bacterial vaginosis, penyakit jangkitan seksual
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Oleh kerana perdarahan setelah berhubungan baru sahaja terjadi, adalah dikhuatiri sekiranya terdapat masalah kesihatan lain yang mendasari keluhan anda ini. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.