
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian rahim selepas bangun pagi
Hi doktor, saya seorang wanita berusia 19 tahun. baru2 ini saya merasakan sakit di bahagian rahim selepas bangun pada waktu pagi. pada ketika itu saya baru habis kedatangan haid dlm anggaran sudah 3-4 hari. saya berasa panic apabila selepas saya bangun tidur itu terdapat cairan discaj yg terdapat sedikit warna coklat. adakah saya perlu risau dgn keadaan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Cyst
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.