
Anonymous
2 tahun
Sakit di bawah ari ari
Sy wanita berusia 33tahun. Dah berkahwin 2bulan lebih… Sebelum ni sy jarang sakit dibawah perut. Period sy teratur… Bulan ini sy datang period 17hb… Lewat 3hari… Dalam masa 3hari tu sy mmg ada rasa sakit di bawah perut sehingga hari 17hb…Period sy hanya 4hari saje… Pd 25hb bawah perut sy sakit balik… Cramp walaupun xkuat… Adakah normal sakit di bawah perut? Sebabnya sy mmg tak pernah rasa sebelum ni… Adakah normal period 4 hari?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh sakit di bahagian ari-ari. Antaranya ialah:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.