Sulit
4 tahun
Sakit di bawah lengan kiri
Sy lelaki berumur 33 tahun. Sakit di bawah lengan kiri seolah dicucuk dan melarat ke pergelangan tangan kiri dan belakang bahu kiri…hanya simptom ini sahaja. Pohon pencerahan dari Dr. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kencing manis
- Sebarang kecederaan pada tulang belakang
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’ ( ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita)
- Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat menybabkan saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
- Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
- Gejala awal strok
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am kerana kami memerlukan lebih banyak maklumat lanjut daripada anda.
Sama ada sakit pada bahagian lengan itu berbahaya ataupun tidak, anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya terlebih dahulu dan doktor akan merawat anda mengikut keputusan siasatan dan diagnosis yang telah dicapai.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.































