
Sulit
4 tahun
Sakit di bawah mata dan sakit dada
Hye doktor . Sy lelaki berumur 19. Saya sejak dua bulan ni sering merasakan seperti sengal di sekeliling mata saya terutama di bawah mata. Saya juga turut merasakan gigi di bahagian atas saya juga ngilu seperti ada benda yg menekan di atas gigi bahagian atas saya. Saya juga semasa kena sedemikian sy turut merasakan sakit dada tapi hanyalah sedikit dan kadang2 juga saya sering merasa pening seperti mahu pengsan kerana mata sy sering mengantuk. Saya sudah lama cukup terseksa dengan sakit ini doktor. Adakah ianya disebabkan sinus atau sakit mata ? Boleh doktor jelaskan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit di bawah mata boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gigitan serangga
- alahan pada ubat-ubatan
- trauma
- jangkitan kuman orbital cellulitis
Manakala, berkenaan sakit dada, ia boleh berpunca daripada beberapa kondisi kesihatan yang lazim seperti:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk terutamanya jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
- penyakit jantung
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.