
Sulit
4 tahun
Sakit di kaki kanan dari pangkal peha hingga atas buku lali
Saya berumur 21 tahun. Kaki kanan saya dari celah kelengkang peha hingga atas buku lali terasa sakit sejak dua/tiga minggu yang lalu. Sakit berdenyut dan sakit di bahagian kaki kanan sahaja. Apabila saya memusingkan kan tapak kaki saya ia akan terasa sakit di atas buku lali saya. Apa patut saya lakukan ye? Boleh saya tahu puncanya tak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, sakit kaki merupakan satu gejala yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan sebabnya adalah meluas. Hal ini kerana kaki mempunyai bahagian-bahagian tertentu seperti peha, betis, lutut, tumit, jari, buku lali, pergelangan kaki dan sebagainya. Setiap bahagian mempunyai saluran darah, urat saraf, saluran limpa (lymph nodes), otot serta tulang yang berbeza. Secara amnya, sakit di kaki boleh disebabkan oleh:
- Sakit tulang (patah, retak, terseliuh, ketumbuhan, keradangan dan sebagainya)
- Sakit otot (Keradangan, otot terkoyak, kecederaan otot, dan sebagainya)
- Keradangan atau kecederaan pada urat saraf
- Masalah pada saluran darah seperti (varicose vein)
- Ketumbuhan seperti (Baker cyst) yang ada pada belakang lutut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.