amalinahamdan
7 tahun
Sakit dibahagian pinggang dan kekejangan perut dan bawah perut. Lewat haid
Hi nama saya amalina 25tahun, saya baru 3bulan brkahwin, sblm brkahwin mmg ada masalah period yg tidak tratur. LAst haid feb, kahwin on april, latest haid 17/6 (selama 8 hari), smpai skrg belum haid. pada minggu ini. saya sudah spatutnya habis waktu haid. saya merasa sakit pinggang yg amat sangat sakit dan mula rasa ngilu dan kejang dibahagian kiri dan kanan perut. bloated. upt negatif. adakah perlu scan? saya masih boleh berjalan, cuma lenguh dan kadangkala sakit di bahagian pinggang dan belakang. maaf lari topik, adakah kandungan kembar tidak boleh detect dengan upt? Apa perlu saya buat doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari, atau seperti kes anda, sehingga hari ini hari ke-42. Haid lambat disertai gejala sakit dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pertanyaan anda, setiap kehamilan mempunyai plasenta yang menghasilkan hormon beta hCG. Hormon inilah yang akan dideteksi oleh alat pemeriksaan kehamilan UPT.
Sebaiknya puan melakukan kunjungan ke doktor agar dapat diperiksakan dengan lebih lanjut dan diberikan perawatan yang tepat. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























