
Sulit
5 tahun
Sakit jantung bersama panic attack
salam sejahtera
saya lelaki 34 tahun,sehubungan masa
wabak covid 19 memuncak saya sakit tekak
pada 18/3/2020 susuli dengan demam
batuk dan selsema. pada 23/3/2020 sahabat
dan keluaga mula mengambil berat menyuruh
saya membuat ujian saringan covid 19 sehinga
saya tertanya-tanya pada diri sendiri sama
ada saya sudah terkena virus covic19 atau tidak
ia membuatkan saya menjadi teka teki.
dengan keadaan saya begitu lalu munculah kembali penyakit
lama saya iaitu panic attack setelah 18 tahun
berlalu kini muncul kembali. menyebakan saya
terkena sesak nafas dan memaksa diri keluar dari rumah pergi ke hospital. semasa tiba dihospital
saya tidak terpikir yang saya diserang panic attack
yang saya tahu mabby saya terkena covic 19
dengan keadaan sesak nafas
lalu membawa saya check ECG, ambil darah bagi saya oksigen
dan x-ray paru-paru.
Docter memberi tahu pada saya jangtung paru-paru
darah semua ok cuma dekat saluran pernafasan saya
sedikit sempit disebakan batuk kahak tersumbatlalu dia berikan saya ubat selsema batuk cairkan kahak dan gas asma untuk oksigen jika sesak nafas. dengan sedikit sesak saya pun balik ke rumah.3 hari di rumah saya sihat
Saya pergi ke klinik kesihatan untuk membuat
ujian saringan coviv19. alhamdulilah semuanya selamat.
8 hari dirumah saya sesak nafas
sekejap-sekejap mengigil kaki tangan disusuli rasa takut nak mati. batuk selsma demam beransur pulih.
tiada tanda-tanda sakit lain lagi kecuali
panic attack yang kian mereda dan pedih perut
serta hilang selera makan itu sahaja.
saya tergerak hati untuk berjumpa docter selesaikan masalah
panic attack untuk mengabil nasihat dari docter
sekali lagi saya ke klinik kesihatan.
selepas interview saya dibawa untuk membuat check
ECG hasilnya V2 V3 yang menakutkan saya.saya memberitahu pada docter yang saya 8 hari lepas dari hospital s.
mereka membawa saya membuat sekali lagi ECG
hasilny v2 v3 panic attack mula kembali menguasai
diri saya jangtung yang tadinya tak sakit tiba- tiba
dah rasa sakit cucuk - cucuk cuak! saya di arahkan untuk kembali ke hospital s bersama - sama suratnya.
sesampai saya dihospital staf docter memfokuskan saya
ke arah covi19… mereka membawa saya Check ECG
ambil darah check pernafasan.
saya memberi tahu docter yang saya ada panic attack
docter memberitahu yang jangtung saya ok darah juga ok
dah memberi saya apoiment untuk berjumpa docter pakar panic attack saya dibenarkan pulang…
saya ingin bertanya pada docter
dada kiri saya rasa cucuk - cucuk dan
belakang saya rasa senak sakit 10% membuatkan
panic attack me guasai di kawasan tersebut
bila saya fokus di situ panic attack kembali
menakutkan sesak nafas serta mata jadi kabur berpinar
bolehkah saya memdapatkan nasihat dari docter berkenaan
jangtung saya? sekian terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah keresahan boleh membawa simptom seperti:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri untuk penilaian yang lebih telitit, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.