
Sulit
4 tahun
Sakit jantung sekejap ada sekejap tak ada
Macam mana cara bagi mengurangkan sakit jantung bila datang rasa sakit

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan saya tidak menilai keadaan anda secara fizikal, sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Untuk makluman pihak anda, sakit dada pada bahagian kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stress
- kecederaan otot, atau saraf
- penyakit paru-paru seperti jangkita paru
- Gastritis
- Angina yaitu terasa sesak dan dada sakit
Biasanya, sakit di dada kanan dapat terjadi oleh pelbagai hal yang seperti:
- muscle strain
- jangkitan paru
- stress
- GERD
Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai gejala tambahan seperti sesak nafas ataupun sakit dada seperti ditimpa beban berat, sebaiknya anda segera mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan kerana takut terjadi hal-hal seperti dibawah:
- serangan jantung
- angina
- radang jantung
- darah beku ke paru-paru
- pneumothorax
Untuk mengatasi masalah anda, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi