
Anonymous
4 tahun
Sakit kaki berbisa dan susah berjalan
Saya wanita berusia 27, dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 9 bulan, bersalin secara caeser. Soalan saya, kaki saya sentiasa rasa sakit sampai tengah tapak kaki rasa berbisa. Kadang-kadang terasa macam tercucuk jarum. Ada masa bila baru bangun tidur, kaki saya kebas dan susah nak berjalan.
Adakah effect dari selepas bersalin atau punca lain?

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda
Tapak kaki manusia terdiri daripada tulang kaki, ligamen dan tendon, lapisan otot, fascia serta saluran darah dan saraf.Masyarakat masih tidak menyedari kesakitan yang ditanggung kadangkala boleh mendatangkan kesan negatif kepada pesakit itu sendiri kerana sakit pada tapak kaki secara umumnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu jari kaki, depan tapak kaki dan belakang kaki.
Kebanyakan masalah ini berpunca daripada pemakaian kasut yang tidak sesuai seperti kasut wanita bertumit tinggi yang tidak selesa atau sempit dan juga maslah masalah lain seperti Varicose Veins dan Plantar Fascitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.