Sulit
3 tahun
Sakit kepala ketika ingin capai kemuncak semasa bersama suami
Saya wanita 20 an, 2 hari lepas, ketika bersama suami, sewaktu saya ingin capai kemuncak, kedua2 belah kepala saya mengalami sakit yang teramat. Bahagian yang sakit adalah atas sedikit dari telinga. Kiri dan kanan. Hari ini ketika ingin bersama suami lagi, saya tidak dapat capai kemuncak kerana rasa sakit itu menghalang saya untuk capai ke kemuncak. Tolong bantu saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala ketika aktiviti seksual, terutamanya ketika orgasme.
Terdapat dua jenis sakit kepala seks. Sesetengah individu boleh mengalami kedua-dua jenis sakit kepala.
- Sakit di bahagian kepala dan leher yang semakin meningkat apabila aktivit seksual meningkat
- Sakit kepala yang tiba-tiba, teruk dan berdenyut yang berlaku sebelum atau pada saat orgasme
Sebilangan besar sakit kepala seks berlangsung sekurang-kurangnya beberapa minit. Namun, ianya juga mungkin beterusan selama berjam-jam atau bahkan dua hingga tiga hari. Kebanyakan sakit kepala ketika seks tidak perlu dibimbangkan. Tetapi anda digalakkan untuk berjumpa doktor dengan sekiranya anda mengalami sakit kepala semasa melakukan aktiviti seksual, terutamanya jika ia berlaku dengan tiba-tiba atau itu adalah sakit kepala pertama anda seperti ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.