julijohar69
5 tahun
Sakit kepala teruk serta demam ekoran daripada sakit pada muscle tangan sebelah kiri
Anak saya lelaki 23 tahun mengalami sakit pada tangan demam yang tinggi dan sakit kepala yang teruk
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Sakit tangan boleh disebabkan oleh:
- Kencing manis
- Kecederaan pada ‘brachial plexus’
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Carpal Tunnel Syndrome
- Trauma pada tulang belakang
- Penyakit autoimmune
- “Ganglion cyst” menghimpit saraf
- strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































