
Sulit
5 tahun
Sakit kepala yang amat sangat dan rasa loya di perut
saya seorang lelaki, umur 46thn. sebelum ini saya pernah alami simptom yg sama, tetapi akhir2 ini kerap datang semula. yang saya tidak faham ialah rasa nak loya yang amat sangat dari dalam perut. sebelum tu, kepala rasa sakit yg amat sangat mcm berat pun ada (bukan pening)… harap dapat bantu, tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.