izzatshahrul62
4 tahun
Sakit kepala yang berkepanjangan dan selesema
Assalammualaikum doktor…saya berumur 16 tahun…sekarang ini saya mempunyai masalah sakit kepala yang berkepanjangan selama 6 bulan dan sakit kepala ini berlaku setiap hari.Selalunya saya mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan kadang-kadang seluruh bahagian kepala.Saya juga mempunyai masalah sinusitis yang boleh dikatakan agak teruk kerana saya mempunyai masalah selesama yang berlaku setiap hari.Soalan saya,adakah penyakit sinusitis kronik boleh menyebabkan sakit kepala yang berkepanjangan atau daily headache?dan apakah tindakan yang sewajarnya saya ambil sekarang.Mohon penjelasan daripada doktor.Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.