
Sulit
3 tahun
Sakit lutut berdenyut
berumur 61 tahun, perempuan, mengalami sakit lutut berdenyut dalam beberapa hari ini, sebelum ini jika berdiri lama kaki akan bergoyang/terketar-ketar. adakah normal atau perlu rawatan segera?
selain itu,ada kencing manis,darah tinggi dan kolesterol yang terkawal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kecederaan pada mana-mana struktur lutut seperti koyakan pada tendon atau otot
- Radang sendi atau jangkitan pada sendi
- Kecederaan pada tulang
- Osteoarthritis lutut
- Penyakit Parkinson
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor