
ziana76
5 tahun
Sakit nyeri dada kiri
Sy wanita 43thn. Tiada sejarah sakit kronik. Sejak tahun 2018 sy kerap sakit dada sebelah kiri tetapi sakit datang sekali sekala dan rasa sakit tidak berpanjangan. Mula tahun 2019 hingga sekarang, sakit dada tu datang dan tempoh sakit berpanjangan sampai seminggu, sebulan dan seterusnya. Rasa sakit hilang sekali sekala. Sy pernah buat pemeriksaan di klinik kesihatan dan buat pemeriksaan echo. Doktor kata bacaan normal dan tiada masalah dgn jntung. Dalam bulan ogos dan sept ni sakitnya rasa lebih nyeri. Mohon pencerahan Doktor, tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gastroesophageal reflux disease (GERD) yaitu suatu keadaan yang mana asid perut tertolak naik mengenai dinding dalam esofagus
- gastritis kronik
- masalah otot dan tulang seperti keradangan tulang rusuk ( costochondritis )
- serangan panik
- microvascular angina sakit dada akibat saluran darah ke jantung tidak mendapat oksigen
Memandangkan gejala ini telah berlaku sejak sekian lama, adalah digalakkan untuk anda memerhatikan perubahan rasa sakit apakah bertambah atau berkurang sewaktu berehat atau beraktiviti. Andainya gejala memburuk, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.