
Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian ari-ari
Saya wanita berusia 34 tahun dan telah pun berkahwin. Saya nam bertanyakan, sy dah Lepas waktu period, sepatutnya sy period pada 11 atau 12hb mcm Tu, tapi yg pelik nya, skrg ni saya mengalami masalah sakit pada bahagian ari-ari saya dan tiap Kali sy Rasa sakit akan Ada sedikit darah yang akan keluar, kkdg pekat,kkdg cair seakan pink, dan Ada jugak warna kecoklatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit di bahagian ari-ari boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Penyakit keradangan pelvik
- Appendisitis kronik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.