
Sulit
3 tahun
Sakit pada bahagian rahim
Saya puan farhana, berumur 36 tahun dan telah berkahwin. Saya pernah menjalani pembedahan kerana mengandung luar rahim sebanyak dua kali. Sejak 1 tahun yang lalu, saya sering sakit pada bahagian rahim dan belakang pinggang. Jika saya melakukan kerja berat, darah akan keluar selama 2 3 hari dan mengalami sakit selama 1 minggu. Saya juga sering rasa mual dan pening. Boleh doktor berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi, boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!