
Anonymous
4 tahun
Sakit pada ibu jari kaki kiri
Saya aiman berumur 18 tahun . Kaki saya berasa sakit pada ibu jari kaki kiri bahagian tepi . Saya sudah berjumpa dr. Beliau memberi tahu bahawa saya kena penyakit bunion kerana ibu jari kaki agak bengkok sedikit ketepi . Tetapi apabila berjumpa dgn dr lain beliau memberitahu bahawa kaki saya ada masalah radang sendi . Apabila saya pulang semakin hari semakin sakit kaki saya sampai apabila ibu jari laki saya terkena kasut atau ada geseran ibu jari akan berasa kebas di bahagian bawah . Jadi saya ingin bertanya apakah masalah sebenar kaki saya ini ?

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Trauma
- Gout – disebabkan oleh akumulasi asid urik di dalam dalam
- ‘Bunion’ – ia terjadi kerana masalah berkaitan dengan sendi bagi ibu jari kaki dan selalunya terdapat dalam kalangan warga tua
- Plantas fasciitis – yang berkemunginan besar boleh menyebabkan berlakunya kekebasan di kaki anda
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!