Sulit
5 tahun
Sakit pada rahim/seks
Saya mengalami sakit yang amat pada rahim SEMASA berhubungan bersama suami seperti ditekan atau dicucuk. Tetapi tetap meneruskan juga. Jarang berlaku tetapi pernah beberapa kali. Adakah ini normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- faraj kering setelah menopaus, melahirkan anak, menyusu, penggunaan ubat, atau kurang rangsangan sebelum bersetubuh
- jangkitan kelamin
- radang pada faraj
- endometriosis
- fibroid rahim
- radiasi atau khemoterapi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































