
Sulit
4 tahun
Sakit pergelangan tangan dan sakit ibu jari
Saya wanita umur 24 tahun…
Saya sakit pergelangan tangan suda dua minggu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pergelangan tangan sejak 2 minggu. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Carpal tunnel syndrome: Di mana saraf tersebut tersepit di dalam laluan carpal dan mengakibatkan kebas atau sakit tangan
- Peripheral neuropathy; saraf periferal mengalami masalah sama ada disebabkan oleh kencing manis, jangkitan, kecederaan saraf ataupun sebab lain
- Peripheral artery disease; Di mana kekurangan darah mengalir ke bahagian periferal badan seperti tangan dan kaki
- Kecederaan pada pergelangan tangan sama ada luka ataupun tulang patah
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih