
Sulit
4 tahun
SAKIT PERUT lebih kurang 3 hari
Sya zul berumur 23 tahun (ikut tahun)
sy sakit perut 5 penjuru sakit… tgh pusat, kiri atas dan bwh dan kanan ats dan bwh… paling ketara seblah kiri dan kanan blh bwh shj…
saya rasa lemah, susah buang angin, buang air besar akan sakit di lubang dubur(kdg2) kdg2 pula akan cirit. rasa sakit akan dtg 30- 60 minit skli… sy dh ke klinik darah, air kncing dan xray semua dh buat… but, resultnya normal… sy diberi ubat… cecair mcm warna putih berangin(org tu kata kalau gastrik blh makan jgk) satu lagi ubat cecair mcm air gula utk smbelit… but still mcm tu jugak…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Bergantung pada lokasi, punca utama, dan faktor-faktor yang lain, sakit perut boleh disebabkan oleh berbagai jenis gangguan tubuh, antaranya:
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD, dll)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot atau kontraksi otot abdomen yang berlebihan
Secara umumnya juga, sakit di bahagian pusat, abdomen kanan mahupun abdomen kiri, boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan seperti:
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
- gangguan pencernaan
- tanda-tanda awal appendiks
- dan lain-lain
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus dari pihak kami, kami tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- meneruskan pengubatan yang telah diberikan oleh doktor
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.