
Sulit
4 tahun
Sakit perut menggerodak
Hi,sy nak tanya doc.sblm ni sy lewat period 4hari…hari ke 4 lewat period tu ada keluar ketulan darah…myb sy anggap normal kot darah beku biasa sbb xde pengalaman…keesokaan hari perut terasa sakit hingga ke hari ni…tp bila sy tunjuk mak n akak² sy yg berpengalaman gambar ketulan yg keluar tu,majoriti kata sy gugur…isnin mlm sy pergi hosp doc kata xde pape mslh…lepas tu mlm td sakit lg sy pergi hosp jugak doc scan pun xnampak apa² n kata xde masalah…skrg perut still sakit lg…ada ke situasi pernah terjadi mcm sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ketulan darah yang anda alami sewaktu haid. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya sakit perut dan ketulan darah yang anda alami semakin banyak dan memberat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang ketulan darah yang muncul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!