Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni
hai, sy fatiy umur 29 tahun… sy sering sakit pinggang belah kanan… sakit mencengkam dan boleh menyebabkan saya sakit bawah dada dlm masa yang sama… first saya kena (2016) time saya tgh bawak kreta… sakit secara tiba-tiba sampai saya terpaksa berhenti ketepi sebab saya tak boleh nak tahan… sy dh byk kali ke hospital & klinik tapi selalunya doktor cuma check urine dan kata semuanya ok… skrg dh nk masuk 6 tahun tapi saya still rasa sakit tu… sakit tu bukan setiap hari tapi sakit yang dtg secara tiba2… sekarang saya kerap sakit kepala & keguguran rambut yang banyak… adakah ini sakit kepala juga salah satu effect dr sakit pinggang y sy rasa skrg?
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pinggang yang anda hadapi melebihi 6 tahun. Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
Bagi masalah sakit kepala dan keguguran rambut yang anda hadapi, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah serta rawatan yang tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit pinggang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!