
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang selepas keluar membeli barang keperluan tetapi tidaklah terlalu banyak. semasa pulang, secara tiba tiba pinggang di sebelah kiri berasa sakit dan disusuli kaki kiri berasa lenguh dan berdenyut di bahagian lutut dan tulang kering
saya wanita berusia 25 tahun dan belum berkahwin. saya mengalami masalah sakit pinggang sebelah kiri secara tiba tiba disusuli dengan sakit kaki kiri di bahagian dan bersama berdenyut-denyut lutut, betis dan tulang kering menyebabkan saya sukar untuk duduk.
saya tiada melakukan aktiviti yang berat atau mengangkat barang berat. adakah mempunyai simptom simptom sakit yang serius ataupun sakit pinggang ini akan pulih sendiri? adakah saya perlu ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan? ataupun bolehkah saya makan ubat yang dijual di farmasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan rawatn tepat boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.