Sulit
5 tahun
Sakit selepas buang air kecil & dan besar setiap pagi
Saya wanita berumur 25 tahun… setiap pagi saya akan rasa sakit di bahagian missV selepas buang air kecil… saya kerap rasa nak buang air kecil lagi selepas itu… tapi bila ke toilet, hanya sedikit air kecil yang keluar. Saya juga selalu terjaga pukul 3 atau 4pagi utk buang air kecil… jika terasa nak buang air besar pula mesti saya akan sakit juga di missV ketika meneran. Harap doktor dapat membantu saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Batu karang
Saluran kencing tersumbat
Saya sarankan untuk anda banyak minum air sehingga air kencing anda berwarna jenih. Ini bagi mencuci saluran air kencing. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































