Sulit
3 tahun
Sakit selepas ejakulasi,bahagian kiri vas deferens
saya lelaki berumur 30 thn
sakit dibahagian kiri vas deferens selepas ejakulasi
hanya selepas ejakulasi,tidak ketika buang air kecil
tidak mengambil sebarang ubat/supplement
mohon pencerahan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa sakit setelah ejakulasi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Radang prostat
- Luka atau kecederaan pada salur kencing
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah