
hanafara6
4 tahun
Sakit tangan dan bahu sebelah kiri
Saya wanita berumur 26 tahun dan mengalami sakit tangan dan bahu sebelah kiri sejak berberapa hari lepas serta sakit kepala. Rasa sakit Serta kebas/lengguh apabila tangan tidak bergerak .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penggunaan tangan yang terlalu banyak
- postur melakukan pekerjaan yang salah
- tekanan kepada saraf kerana postur seperti dalam student’s elbow
- masalah saraf seperti sindrom carpal tunnel, nerve palsy
- masalah otot
- terseliuh tulang bahu atau mana-mana struktur tulang dalam tangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.