Sulit
5 tahun
Sakit tangan kiri ketika menggerakan tangan
Saya wanita berumur 25 tahun. Sudah lebih 10 tahun saya sakjt kerana gangguan. Tetapi setelah sembuh dari gangguan, sakit badan saya masih kekal. Sakit tangan kiri sehingga ke bahu berpanjangan ketika hendak menggerakkan tangan dan juga tapak kaki. Kadang2 dada juga terasa sakit. Dahulu pernah ada sakit kekurangan darah merah. sakit tangan ni dah hampir 2tahun. Sakit dada baru sahaja dan tak kerap.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lenguh badan (tangan atau bahu) boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































