
Sulit
3 tahun
Sakit tangan, lengan hingga ke bahu berdenyut2
Saya ingin bertanya soalan on behalf ibu saya yg berumur dlm lingkungan 50 an. Ibu saya mengalami sakit tangan bahagian lengan dan bahu sehingga ke leher sebelah kanan. Kdgkala sakit hingga ke dada dan belakang bdn. Saya perasan ibu saya kerap mengadu dlm masa sebulan ni. Nmun dia telah lengkap dos vaksin kira2 lebih 2 bulan yg lalu… Sakit lengan dan bahu hingga sebabkan sakit seluruh badan juga…ptg kelmarin dia pergi berurut dan pagi ni dia mengadu jari tangan menjadi keras…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Sakit otot
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- kesan sampingan ubatan
- trauma pada tangan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.