
abellabarak
2 tahun
Sakit tapak kaki di bahagian tepi
Saya lelaki berumur 29 tahun bekas atlit sukan lasak, pernah mengalami kecederaan ligamen pada bahagian buku lali 7 tahun lepas dan pernah mngalami sakit tapak kaki… tapi sekrang sya sering mengalami kesakitan pada TEPI tapak kaki kanan bahagian dalam, terutamanya sebelum tidur dan ketika berdiri… apakah punca dan cara rawatannya.? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit pada tapak kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan: Kecederaan pada tapak kaki disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Antara langkah yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan beban sakit adalah:
- Elakkan memakai kasut tumit tinggi terlalu lama
- Pakai kasut yang selesa
- Pakai kasut yang sesuai bila bersukan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.