
Anonymous
2 tahun
Sakit tapak tgn blh kiri dan tapak kaki atas blh kiri
Sy wanita 39thn…br2 ni sy sakit di tapak tgn blh kiri… Urat tiba2 timbul… Bila sentuh, sakit…
Skg ni tapak kaki blh atas kiri blh sakit… Bila brjln sakit… Knp ye…?
Saya tidak bkerja… Hanya suri rumah…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sentiasa menggunakan bahagian kiri (wear and tear)
- komplikasi penyakit kronik seperti kencing manis
- penyakit saluran darah (peripheral artery disease)
- penyakit saraf sistemik seperti systemic sclerosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.