
calvinleongcl
5 tahun
Sakit tekak, kepala, sakit badan
Sakit tekak, kepala, sakit badan… Semalam ada demam tapi dh ok lps mkn panadol.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam, sakit kepala, sakit tekak, disertai sakit badan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan Influenza
- Jangkitan saluran pernafasan atas ( upper respiratory tract infection )
- Demam denggi
- Demam tifoid iaitu sejenis jangkitan bakteria di perut
- Demam Chikungunya
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.