Sulit
5 tahun
Sakit tekak, pening sedikit dan mual
Saya mengalami rasa sepertipening² sedikit namun masih bole menjalankan semua rutin harian dan pergi bekerja, rasa mual sedikit namun tidak ada muntah², ada sakit tekak dan dada tapi tidak teruk dan tiada batuk² atau selsema, ada masanya mengalami sesak nafas sedikit kerana bahagian hidung tersumbat tetapi saya tidak selsema atau demam, bila cek suhu badan kelmarin juga normal 36.5 °C. Selain itu perut juga rasa tidak selesa, ada rasa kejang, kadang memulas dan najis saya juga seperti saya terkena cirit birit. Baru² ini saya ada berkunjung ke pasaraya untuk membeli barang² keperluan dan makanan, dan ketika itu ia sesak dengan banyak orang yang turut membeli barang². Namun saya ada menggunakan handsanitizer sebelum& selepas membeli barang² ketika itu. Adakah gejala yang saya alami ini hanya gejala biasa? Saya risau dan takut memandangkan di daerah tempat saya berada ini sudah ada beberapa kes positif. Saya bekerja di sebuah restoran fastfood, dan beberapa hari yang lepas juga, mungkin minggu lalu, saya ada mengambil pesanan daripada pelancong China dan mengambil duit dari mereka semasa membuat pembayaran huhuhu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala COVID-19 ini adalah umum dan sangat berkait rapat dengan penyakit lain. Oleh itu, sukar untuk membezakan sebab gejala yang anda hadapi dengan hanya mengetahui simptomnya sahaja.
Selain COVID-19, gejala sakit tekak boleh disebabkan masalah kesihatan lain. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home.
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera kerana anda mengadu tentang masalah sesak nafas. Ini merupakan masalah yang serius.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































