muhdhazreen466
4 tahun
Sakit tulang belakang belah kiri dan kanan
hello dokter saya sering mengalami sakit tulang belakang . saya ada kanser… bulan 12 yang lepas saya telah menjalani rawatan zometa. Apakah ubat tahan yang sesuai untuk saya dokter?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- masalah muskuloskeletal seperti masalah tulang belakang iaitu spondylolisthesis, slipped disc
- masalah jangkitan seperti abses epidural (bungkusan saraf di tulang belakang), peritonitis
- masalah terkait buah pinggang seperti batu karang di buah pinggang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengenalpasti penyebab rasa sakit anda, serta ubat yang bersesuaian, silakan merujuk doktor. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.