
Sulit
5 tahun
Sakit tulang belakang & sakit dada
Saya wanita berumur 19 tahun,saya selalu sakit dada sejak 3 tahun lps … dan sy masih tk thu puncanya kenapa … Seterusnya , syaa juga mempunyai gejala sakit belakang yang agak kerap , saya sering sakit belakang dan sekrang makin teruk sehingga menyebabkan rutian harian sy terjejas , malah leher saya pun sakit … kaki pn kadang ii terasa kebas dan har ini tangan sy sebelah kanan dr bahu ke siku sgt sakit dan masih blum dikenal pasti apa puncanya … Boleh berikan nasihat/keterangan …

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Sakit belakang dan tengkuk pula boleh disebabkan oleh:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.